11/12/2011

kesan tapak pertama

tekebil-kebil, kadang-kadang termenung, ada juga sekali sekala menyanyi dalam hati,
kiri gelap, kanan gelap, atas bawah semua gelap. ada kala begegar, ada kala berombak,
duduk lah aku dalam keadaan mengeriot macam embrio. berdiri x boleh, apatah kuak lentang.

aku stress, menumbuk dinding tanda protes, sempat juga aku menendang ala-ala sepak takraw.
tapi tetap tiada tindak balas, tempat aku tetap juga kecil, gelap dan sempit. apa yang boleh aku buat?

mintak tolong? tiada orang akan dengar

sayup-sayup aku ada dengar suara,
bukan berkata pada aku, mungkin suara diluar sana tengah rancak bersembang
bahasa yang aku tak paham sangat, sedikit sebanyak aku cuba belajar bahasa tu.
sekurang-kurang ada benda yang aku boleh buat

tika aku lapar, aku cuba menendang dinding sekuat hati, sebagai syarat aku perlukan makanan,
tak lama lepas tu, dimasukan makanan dalam ruang sempit aku ni. menu tak menentu,selalunya nasi,
roti, ikan masak belada, kari ayam, sup kambing, sekali sekala aku dapat KFC.jika tak sedap, aku menendang tanda protes, selalunya bila diberi makan yang pahit-pahit.

aku fikir dalam-dalam, kenapa di tempat gelap, sempit ni aku masih diberi makan yang agak mewah, sedap-sedap, cuma sekali sekala makanan tidak sedap. adakah aku perlu membesarkan badan untuk keluar?

ruang semakin sempit, mungkin badan aku makin besar, bila dah besar, daya sepakan pun makin power, sepakan sepak takraw tidak digunakan lagi, sekarang main libas-libas ala sholin soccer. ada peluang melibas, aku akan libas. sampai la satu masa................................

pintu dibuka, mulanya sempit, aku meronta, mungkin excited untuk keluar. selepas susah payah cuba lepaskan diri, akhirnya aku keluar... menangis tak tehingga tanda syukur dibebaskan. yang tinggal. hanyalah tapak-tapak sepakan, libasan aku pada dinding ruang sempit tadi. aku congak-congak, tempoh aku dalam ruang sempit tadi, betul-betul 9 bulan 10 hari.

5 comments:

  1. Salam sejahtera.Bes bes ceritanya.9 bulan 10 ari ya kat dalam.Ok,blog ni simple dan menarik.Selamat berblogging.Oh ya,TERIMA KASIH sudi komen dilaman saya.Alamat kedai mee kari tu ialah,pergi ke PERTAMA COMPLEX,cari tempat makannya di sebelah KFC Jalan kesebelah dalam sikit.Pasti nampak,mee karinya.

    ReplyDelete
  2. so sweet ntri admin...syasha suka..walaupon admin bru join blogger.. awk tau ap yg awak nak buat.. blog tmpt diari on9 kita.. sape2 boleh bca... n tau apa ya admin rasa..

    ReplyDelete
  3. wah menarik story ni.. tapak pertama yang pijak dibumi yg nyata. (smbg cerita la pulak)hehe.. thanks yeah, follow sini jugak..follow same k :)

    ReplyDelete
  4. awk , thanks bg smangat .
    :')
    sy suka entry awk .
    keep in touch ehh .

    ReplyDelete
  5. awk , thanks bg smangat .
    :')
    sy suka entry awk .
    keep in touch ehh .

    ReplyDelete