11/12/2011

kesan tapak pertama

tekebil-kebil, kadang-kadang termenung, ada juga sekali sekala menyanyi dalam hati,
kiri gelap, kanan gelap, atas bawah semua gelap. ada kala begegar, ada kala berombak,
duduk lah aku dalam keadaan mengeriot macam embrio. berdiri x boleh, apatah kuak lentang.

aku stress, menumbuk dinding tanda protes, sempat juga aku menendang ala-ala sepak takraw.
tapi tetap tiada tindak balas, tempat aku tetap juga kecil, gelap dan sempit. apa yang boleh aku buat?

mintak tolong? tiada orang akan dengar

sayup-sayup aku ada dengar suara,
bukan berkata pada aku, mungkin suara diluar sana tengah rancak bersembang
bahasa yang aku tak paham sangat, sedikit sebanyak aku cuba belajar bahasa tu.
sekurang-kurang ada benda yang aku boleh buat

tika aku lapar, aku cuba menendang dinding sekuat hati, sebagai syarat aku perlukan makanan,
tak lama lepas tu, dimasukan makanan dalam ruang sempit aku ni. menu tak menentu,selalunya nasi,
roti, ikan masak belada, kari ayam, sup kambing, sekali sekala aku dapat KFC.jika tak sedap, aku menendang tanda protes, selalunya bila diberi makan yang pahit-pahit.

aku fikir dalam-dalam, kenapa di tempat gelap, sempit ni aku masih diberi makan yang agak mewah, sedap-sedap, cuma sekali sekala makanan tidak sedap. adakah aku perlu membesarkan badan untuk keluar?

ruang semakin sempit, mungkin badan aku makin besar, bila dah besar, daya sepakan pun makin power, sepakan sepak takraw tidak digunakan lagi, sekarang main libas-libas ala sholin soccer. ada peluang melibas, aku akan libas. sampai la satu masa................................

pintu dibuka, mulanya sempit, aku meronta, mungkin excited untuk keluar. selepas susah payah cuba lepaskan diri, akhirnya aku keluar... menangis tak tehingga tanda syukur dibebaskan. yang tinggal. hanyalah tapak-tapak sepakan, libasan aku pada dinding ruang sempit tadi. aku congak-congak, tempoh aku dalam ruang sempit tadi, betul-betul 9 bulan 10 hari.

11/11/2011

kita zombi

 kita akan jadi zombi........penuh dengan parut, muka kedut,dan gemarkan daging segar.terutama daging yang datang dari zat yang gemuk-gemuk.

1/1/11

permulaan tarikh bermula dengan no 1. oh yeah.. 1 haribulan satu tahun satu.. jika masa itu hanya ada 3 angka 1, tetapi pada hari ini, ada enam angka 1.nampaknya kita akan tempuh satu pejalanan yang ekstrim sebagai zombi.

11/11/11

sejarah selalu direkotkan, sejarah juga selalu dibuang.

banyak cara untuk merekot sejarah, penulisan, lukisan,fotografi, dan juga ingatan.
kebanyakan sejarah yang hilang hanya direkotkan dengan ingatan. dan sudah pasti ianya hilang.
ini entry gua yang pertama, sebagai titik sejarah bagi blog naik tapak. mungkin sedikit lewat gua menulis dari tarikh blog ini diwujudkan. oh ya.. secara teknikalnya, blog ini diwujudkan bagi merekod  segala tapak dimuka bumi ni.

11/11/111

udara sudah tiada, yang tinggal hanya sejenis organisma yang bergantung pada cahaya untuk hidup, evolusi manusia sudah mencapai tahap kemuncak. rupa tidak dititikberatkan lagi, yang penting, hanya yang kuat layak untuk hidup. dan zaman itu dinamakan zaman zombitopia. evolusi manusia yang terakhir... penuh dengan parut, muka kedut, dan gemarkan daging segar terutama daging yang datang dari zat yang gemuk-gemuk.